Tahun Baru Hijrah

Gosok gosok mata.

Ya, memang tak salah.

Tajuk gua memang cliché.

Kalau lu orang semua pengikut setia blog Zaman Kelabu, lu orang pasti dan pasti tau,

gua ini bukan orang yang punya azam baru.

tak hipster gua kata.

Tapi ini tahun gua mahu melompat ke arah mainstream.

gua mahu raikan tahun baru hijrah.


gua.

mahu.

berubah.


dah. berhenti tenyeh tenyeh mata.

memang sekarang cerita lebat gua,

gua tak mahu ada di tempat yang lama.


kadang kadang gua terfikir,

bila hidup dah terlalu lama,

dekat dekat dua puluh dua tahun rasanya.


berapa banyak nikmat yang gua ada,

digunakan untuk mengejar keredhaan Dia?


jom kita buat checklist satu satu, mula dari atas sekali,

i) Mata

dari celik celik lahir ke dunia, berapa banyak benda terlarang yang gua dah usha,

"hoi cantek nya perempuan tu mari kita usha lama lama"

eh. eh.

kadang kadang tak sengaja terusha.

tapi bila dah terusha terlupa nak alih kan mata.

terus terus pandang menikmati indah 'dunia'.

ada orang kata, "kalau tutup aurat tak apa!"

kejap, kejap, gua bukan nak jadi syadid tak kena tempatnya,

tapi, ulamak kata hatta yang tutup aurat sempurna pun,

kalau tak ada kepentingan, haram untuk memandangnya.

tak percaya?

haa. ni mesti lompat pembentangan kertas kerja ikhtilat masa first year ni.

aku kat sini nak pukul rata, macam biasa,

perempuan pun tak terlepas dari hukum tunduk pandangan, jadi mohon jaga jaga.


ii) Telinga

amboi telinga kalau boleh nak dengar semua benda,

orang mengumpat, mengutuk, memaki dan mencerca,

tu belum lagi dengar lagu lagu yang lagha.

aduh. gua dan lagu lagu rap gua.

"Kalau orang datang sembang cerita pasal orang lain apa mau buat?"

kalau dulu gua join sekaki dengar apa cerita panas isu semasa,

tapi mulai hari ni mau cuba;

mau cuba lari jauh jauh hingga hujung dunia.

dosa tu. dosa.

mati seksa masuk neraka.


iii) Mulut

mulut kadang kadang nak kena cili.

kasar bukan main, mencarut tak tentu hala.

mana ciri ciri ikramul muslimin?

tak ada.

mana rasa nak jaga hati orang?

tak ada.

tak cukup dengan tu,

ceritanya kalau lepak coffee roastery tak gossip, tak sah.

"eh lelaki pun gossip?"

ha'ah. lelaki yang tak takut Allah memang rajin nak gosip gosip.

teguran termasuk ke diri gua.

Mulai ini hari mahu berhenti gosip

ahh. gosip tu ayat nak gud gud je,

padahal maksud sebenarnya mengumpat,

cerita tentang hal orang lain,

kalau rasa tak geli makan bangkai orang lain,

cukuplah dengan takut lidah kena potong kemudian tumbuh balik dan kena potong lagi.

cakap pasal mulut,

itu hari ada orang datang rumah gua,

"eh ni rumah enta dah macam studio dah haa, ada microphone, ada keyboard apa semua".

gua tersentap teringat passion gua yang dah sekadar jadi perhiasan meja,

tak apa. kerja sampai ke syurga dulu, kalau dapat syurga, nak rap ke apa ke kau punya suka.

tapi kena ingat, ahli syurga mulutnya penuh zikir.

sebab diorang suka zikir, suka puji puji Allah,

tenggelam dalam nikmat khusyuk memuji Allah.

mana sama dengan penduduk dunia yang kerja hanya nak lalai lalai semata.


iv) Kaki/Tangan

amboi tangan kau bukan main nak pukul pukul orang

amboi tangan kau bukan main nak usik usik orang

amboi tangan kau bukan main nak hempas hempas orang barang

tangan ini mahu jaga. guna bila perlu. tak perlu jangan mengada.

tak payah tiba tiba nak angkat jari tengah bajet hebat macam hollywood sana

ini tangan nak guna untuk bukak al-Quran

ini tangan nak guna untuk buat kerja kerja harian

bukan sekadar tunjuk 'gud' bila orang ditimpa kesusahan

eh kaki kau tu pulak mana pergi jalan jalan?

baik potong kaki kalau sekadar mau hepi di Luna, Zouk dan Mai Bar,

nightlife in KL la kononnya,

tak berbaloi gua kata, tak berbaloi.

itu kaki guna mahu jalan rumah ke rumah

mahu jumpa orang, dakwah macam Rasulullah (s.a.w)

alamak kalau sekadar nak dating, rasa baik tak payah.


v) Hati

ini hati orang tak nampak

ada sebut hati tu kat liver

ada sebut hati tu jantung, tak pun kat otak,

entahlah, aku pun tak tau kat mana.

tapi yang penting, dia 'raja' kepada manusia

buruk hati, buruk lah tindakan

mari jawab sikit soalan;

ada tak rasa macam suka prasangka?

ada tak rasa macam suka dendam kesumat satria?

ada tak rasa macam dengki tak suka kejayaan mereka?

ada tak rasa macam sentiasa betul, tak ada salah, semua gua cakap lu orang kena ikut punya?

itu semua penyakit hati

gua paling banyak penyakit hati, mahu mula ubah ubah.


ini lima benda paling utama nak jaga,

menuju pembaikian diri orang kata.

kawan kawan lama jangan lupa,

mahu tarik diorang sama sama.


apa makna kawan kalau tinggalkan kawan macam tu je?


gua cakap ni untuk diri gua, biasalah ada masa kita terjatuh sejatuh jatuhnya.

gua dah jatuh dalam lubang yang paaaaaling dalam dalam hidup gua,

sekarang nak cuba cuba panjat, nak cuba cuba naik semula.

gua rasa antara lu orang semua, gua lah yang paling banyak buat dosa dosa dengan lima benda ni.

nampak sangat gua tak bersyukur.

nampak sangat gua ni jenis tak takut Allah.

mahu ubah.

sudah sudahlah ini semua. gua pun nak hidup dah tak lama.

sudahlah.


ya, lu orang semua masih membaca blog gua.

cerita lebat dari masa ke semasa.

mohon doakan gua nak berubah.

mohon gua tak hanya kuat sembang di mulut.

tak hanya kuat sembang di blog.


p.s: kalau ada orang baca, mau tanya, apa azam tahun baru lu orang semua?

0 comments:

Post a Comment