Aku dan Azam Baru

*check title*

lol

Aku tak pernah ada azam baru setiap tahun.

azam itu mahu ada hari-hari.

walaupun selalu tak buat

bagi aku, hari ini mau lebih baik dari semalam.

lebih baik.

jauh lebih baik.

kalau semalam aku ni kuat menganjing.
ini hari mau jadi baik sikit dari menganjing mungkin mengucing?


anyways, macam yang korang dah lihat (ade ke orang lihat?), aku start post berjela-jela bahasa inggeris.

bukan apa, cuma aku sekarang dah get back on writing articles for websites and stuffs.
so aku kena biasakan diri aku dengan English.

nak buat macamana, demi mencari sesuap nasi.


jadi nak baca, silakan.

tak nak baca pun tak apa. tak jatuh hukum berdosa pun.

----------------------------------------------------------------------------
kadang-kadang,
aku terfikir.

sampai bila aku nak jadi macam diri aku yang sekarang?

diri aku yang sekarang, bebas dipergunakan dan diperkotak katikkan oleh sesiapa sahaja.

biasanya aku bukan suka-suka nak diperkotak-katikkan.

tapi, bila orang-orang yang rapat dengan kita yang selalu mempergunakan kita,

like, kawan-kawan rapat, sepupu sepapat, etc.

cuma mencari bila perlu, kemudian memperlakukan kita macam sampah, bila dah tak ada kepentingan.

nampak macam entry emo? tak. tak. ini entry biasa biasa, muhasabah diri.


bila perlu bantuan, akan cuba meraih simpati sebanyak mungkin,
akan cuba berlembut selembut mungkin,
akan cuba mengambil hati seambil mungkin (?)

tetapi bila kita dah tak diperlukan,
bila kita dah tunaikan hajat mereka,

kita dilayan macam sampah sahaja.

dilayan macam sampah itu bukan bermaksud 'ignore' atau tak mempedulikan kita.

tak. tak.

lebih kepada, bersikap hostile terhadap kita.

macam,

cakap-cakap pasal kita kat belakang?

macam,

bila kita jalan depan mereka, sebelah mata pun tak pandang?

macam,

bila kita senyum bertegur sapa tapi tak berbalas?

atau mungkin macam,

menjerkah apabila menjawab pertanyaan?


semua ni aku dah rasa.

tiap pagi bangun kena bisik kat diri sendiri

"aku dah tak perlukan dunia ini lagi"

7 comments:

  1. sabar je la layan kerenah org yg mcm ni..
    yg penting.. kita dgn diri kita dgn life kita..

    ReplyDelete
  2. relax sudah, janji ko tolong ikhlas. bukan nak harapan balasan seperti senyuman manis dari mereka. itu terpulang pada mereka la. yang penting kita dah buat part kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak ada masalah nak balasan bro, cuma aku cam tak suka la kalau aku senyum, orang tak senyum balik @_@

      thanks anyway :)

      Delete
    2. ko senyum pervert kot...ahaha
      *kidding*

      Delete