Apa Gila Inspirasi Ini

Tiba-tiba aku tengok ada satu junior post entry baru di bloggernya,

Dan aku pun terkenang blog Zaman Kelabu ini yang aku sudah lama tinggal.

Back then aku tulis entry aku di website aku,

tapi sebab website aku tak mampu nak di maintain (tak sempat),

maka aku terpaksa tutup dahulu.

Dan inilah entry aku setelah setahun dua juga berhenti menulis.

Kadang-kadang kau terinspirasi dengan benda-benda sekeliling kau,

Tinggal kau nak ambil itu sebagai inspirasi,

atau kau nak tinggalkan dan move on.

Dan aku masih tak mampu move on.

Apa gila semua inspirasi ini.
Read More

Aku yang Panik

Dulu masa sekolah rendah, cikgu aku selalu galakkan untuk buat jamuan kelas untuk orang orang yang sambut hari lahir.


Orang yang hari lahirnya jatuh pada hari persekolahan akan bawa makanan dari rumah seperti kek, cream puff, jajan dan sebagainya.


Aku pula dari kecil, bila ada orang bagi barang secara direct, depan depan, aku akan ada panic attack.

Sebab itu bila kek dipotong di kelas, dan tuan punya kek hulurkan kek kepada aku, aku akan cemas, dan mungkin sampai menangis.

(ok, memang setiap kali akan menangis sebenarnya)

panic attack ni tak akan terjadi kalau orang belanja makan di mamak contohnya.

sebab tak melibatkan aksi menghulur makanan kepada aku.

tadi, masa bazaar ramadan PCI, ada orang belikan makanan untuk aku dan hulurkan kepada aku,

aku panik, dan secara reflexnya aku menolak.

Namun, setelah dipaksa, aku ambil juga, tapi memang cemas.

kemudian masa aku angkat speaker untuk disimpan semula di dalam stor, tiba tiba azan berkumandang.

aku tersalah timing, tak simpan apa apa makanan untuk berbuka.

tiba tiba ada beberapa orang bagi aku sedikit makanan untuk berbuka,

aku panik, dan sekali lagi secara reflexnya aku menolak,

sampai dipaksa, barulah aku ambil.

tapi tetap rasa cemas.

motif post ini?

tak ada motif, cuma aku rasa mungkin orang yang kita nampak pelik itu, sebenarnya memang ada masalah yang membuatkan dia jadi pelik.

bukanlah sengaja dibuat buat, bukanlah sengaja sengaja nak mengada.

mungkin dia memang pelik.

maka janganlah dikutuk, tetapi cubalah untuk memahami :)

p.s rindu nak blogging semula setelah 8 bulan tinggalkan semuanya! :D


 
Read More

Akhirnya Dia Sudah (nak) Kahwin

ok ini entry pendek.

aku dapat mesej pukul 3 pagi semalam, dari Malaysia.

"Iman.. aku dah nak kawen ni, sorry sebab tak dapat tunggu kau"

"bila kau kawen ni?"

"ujung bulan 1 tahun depan"

sedih dalam gembira.

itulah janji kita masa kecik dulu.

nak kawen sama sama.

aku ingat lagi masa kau tengah main gitar,

aku tengah compose lagu, tulis lirik.

malam sebelum tu kita ada sleepover.

"nanti besar kita kawen sama sama tau"

"okeyh, kita tengok macamana nanti"

aku maksudkan, at least tunggu time kita dekat dekat.

aku maksudkan, at least tunggu kita sama sama tahun pengajian.

aku tahun 4, kau pun dah tahun 4.

sama sama berbaki 2 tahun lagi.

tapi mungkin jodoh kau sampai dulu.

mungkin masa kau sampai dulu.

mungkin Allah permudahkan kau dulu.

kahwin dengan budak kampung kita jugak.

budak yang kita tak pernah jumpa,

walaupun selalu main bola depan rumah dia.

budak yang kita tak pernah jumpa,

walaupun lapanblas tahun hidup kat subang sana.

akhirnya kau jumpa dia kat UIA.

dah la kau kahwin time aku kat Mesir lagi.

at least tunggu la aku balik Malaysia.

haha.

takpelah.

jaga anak orang elok elok.

selamat pengantin baru Zul (:
Read More

Apabila Doktor Mula Menangis

Gua bulan ini ada di department Internal Medicine, unit Rheumatology.

Since day one, gua ada minat dengan gaya satu orang professor ni.

Namanya professor Anna.

Sudah bongkok pun, tapi masih lepak lepak dalam wad terkejar sana sini.

Tanyalah semua orang, pasti dan pasti diorang akan bagitau yang Prof Anna ni adalah Prof paling dedicated dalam unit rheumatology tu.

Dia selalu datang paling awal.

Selalu balik lewat.

Bila dia ziarah patient, lu orang boleh nampak dia punya ikhlas, boleh nampak dia punya concern.

dia punya sesi pembelajaran pun bukan main senang masuk, senang ingat.

sebab tu orang kata orang ikhlas ni lain gayanya.

sampai satu masa, aku nampak dia menangis teresak esak.

bila ditanya sebab apa,

katanya ada patient dah meninggal dunia.

itu dia punya akrab dengan patient.

Professor Anna ini free hair, dan beragama Kristian.

tapi dia boleh didik hati dia untuk jadi baik,

boleh didik diri dia untuk ada akhlak yang baik.

Sebab tu gua terfikir, kenapa kita (especially gua) tak boleh ada akhlak macam tu?

Sebab tu boleh timbul,

"Dia tu harap je jubah serban tapi perangai..."

tak lupa jugak,

"Tak guna tudung labuh tapi mulut macam harom"

benar, salah orang kerana judge kita sambil mention pakaian kita.

tapi kenapa tak reflect salah sendiri yang mendatangkan fitnah terhadap keizzahan Islam yang kita tunjukkan melalui jubah serban dan tudung labuh kita?

maka mulai hari ini mahu sama sama cuba cuba ubah,

tak mahu akhlak buruk, biar 'kena' sikit choice of words, biar 'kena' sikit nada dan gaya,

tapi macam biasa,

biar kena pada tempatnya (:

p.s: exam OSCE lagi tiga hari, doakan gua dan comrades gua.
Read More

Apabila Dia Sudah Tiada

hah.

gua dan tajuk lebat lebat gua.

gua baru sampai rumah dalam pukul 6 petang lebih tadi.

kurang 1 jam untuk cukupkan kehidupan 12 jam gua kat asrama MARA ini hari

kisahnya hari ni ada tiga program dan semuanya perlukan kameraman

"biasalah, pencacai kan"

haha.

walaupun gua memang dikategorikan sebagai pencacai,

tapi gua lagi suka orang panggil,

"yang berkhidmat"

tak pun

"yang berusaha"

atau pun

"yang bantu membantu"

yang penting ada YB la kat depan tu

haha.

tak apa, abaikan benda benda tu

ini hari gua mau cerita tentang gua dan FB gua yang dah tak ada sejak sekian lama.

gua rasa dah dekat dua bulan rasanya gua off FB gua.

gua rasa la.

sehari bagaikan setahun orang kata.

nak tunjuk betapa addicted nya gua dengan FB.

anyways,

sama macam orang hisap rokok, mau ambil masa untuk berhenti hisap.

FB ni macam little mindless things yang gua buat bila gua nak release tension.

tapi tiba tiba FB ni dah jadi macam kerja gua pulak

bila dah ada demand, maka gua cuba fulfil, maka ini bahaya

(demand apa? fikir sendiri. kahkahkah)

jadi tanpa FB ni, gua rasa sikit tenang,

ada la benda lain yang gua boleh buat haa, tak ada lah terperap dalam rumah scroll timeline tengok kehidupan 'friends' gua yang beribu riban tu

kenapa ada apostrophe kat friends tu?

sebab friends kat FB tak bawak makna apa apa

maybe yang best sikit bila birthday gua, ratus ratus orang post kat wall gua ucap selamat

tapi bila dah jadi macam tu, gua jadi rindu pada kad, pada surat, pada tulisan tulisan indah yang gua boleh simpan dalam laci, pada kertas kertas cantik yang berbau bedak.

itu orang kata tak bersyukur.

syukurlah malaysia masih aman.

eh tetibe.

tapi jadi masalah bila gua tak tau apa apa latest update,

katak bawah tempurung orang kata.

gua hanya baca berita pagi aljazeera, that's it.

tadi masa sebelum masuk waktu asar, ada satu orang cakap dengan gua,

"Man! Kau pergi tak petang ni?"

dalam kepala gua,

"ini petang gua ada shooting!"

gua terus je jawab kat kawan gua tu,

"sorry la, gua ada benda lagi penting nak buat"

"pergh direct je kau man.. haha"

"eh jap, petang ni pergi mana ni?"

"pergi rumah mamat xx ni, dia nak pindah Malaysia dah laa"

tersentap gua.

tak sangka kawan gua tu dah nak balik Malaysia.

gua tak tau.

sebab tak ada FB.

itu satu kes.

satu lagi bila ada perubahan jadual ke, assignment ke, apa ke,

harom sebijik pun gua tak tau apa.

tau tau je,

"Iman, esok kau kena present tau"

harommmm.

alhamdulillah gua dianugerahkan dengan skill suka bajet cakap kat depan.

tapi yang penting, gua tak pernah la suruh orang ulang ulang sebut nama gua.

"Nama gua apa? Nama gua apa? Nama gua Iman Azlan"

tak. tak.

hikhik.

ok gurau.

anyways,

gua tengah fikir jalan terbaik nak setelkan masalah ni tanpa perlu bukak balik FB gua

andai kata dah tak ada jalan,

maka gua rasa gua terpaksa on balik FB gua


tapi gua kena ada disipelen.

termasuk dalam azam tahun baru hijrah gua.

okeh, gua nak pergi study balik, esok doktor nak buat soal jawab.

doakan la gua jadi doktor yang berjaya. yang berilmu dan beramal orang kata.

p.s: kalau ada orang baca blog gua ni, gua nak tanya, dalam banyak banyak tabiat buruk lu orang, apa tabiat buruk yang paling addicting dan paling susah nak tinggalkan?

Read More