Bir Dunya Cizeceksin...

...Onlari Gibi Bırakıp Gitmeyecek

title ini dalam bahasa Turkish (dikatakan sebagai bahasa nenek moyang belah mak aku lol)

ok. ini hari mahu cerita sedih sedih sikit.

aku ada satu orang kawan,

mungkin orang tak kenal sangat dia, sebab dia jenis stay low profile.

nama dia Kamil Hazim.

Aku masa first year dulu, aku tak kenal sangat dia ni,

plus sebab dia duduk belakang, aku pulak suka bajet rajin duduk depan.

Naik third year (waktu yang aku selalu lepak rumah member member - Muzzammil)

Aku nampak dia lepak sekali rumah tu.

Aku tak kenal dia masa tu, tapi pelan pelan kayuh, mula makan sama sama.

Gurau gurau sama sama.

Main game sama sama especially time cuti sem.

Tidur sama sama. (lumrah menumpang rumah orang lain, tak cukup katil)

Dia jenis tak suka berjalan jalan, so tiap kali cuti dia mesti ada kat rumah Muzz.

Dia sangat baik, hensem, berharta pulak tu.

Tapi dia suka stay humble. Mungkin sebab dia pun umur tua sikit dari aku, jadi matang tu lebih sikit.


aku ingat lagi, masa kitorang kena halau dengan housemate Muzz sebab lepak selalu sangat.

kitorang terus dating petang petang kat Galaxy Cafe sebelah pantai.

"lepas ni tobat tak nak datang rumah Muzz dah!"

haha.


banyak yang aku lalui bersama dia.


balik cuti tahun 3 ni, aku banyak lepak area KL dengan dia.

lepak Times Square, lepak Low Yat, lepak Sunway Pyramid main ice skating dengan dia. haha.

semuanya indah.

sampailah dapat berita dia nak pindah.

aku tanya dia, kenapa perlu pindah, elok elok sini.

sebabnya, adik dia (yang jugak study kat Alex ni) dah dapat tawaran sambung Malaysia,

jadi mak dia nak dia sambung sana sekali.


tak apa. aku hormat keputusan dia.


lepas start kelas, aku teruskan hidup macam biasa, pergi kelas semua.

tiba tiba satu hari aku balik, aku nak singgah rumah Muzz.

aku nampak Kamil tengah lepak dengan Muzz.

aku nak menangis masa tu. macam tak percaya apa yang aku tengok.

terus peluk dia.


Malam malam tu sembang,

Aku ingat dia nak ubah fikiran dia, tapi aku silap.

dia datang sebab nak ambil barang je.

dia kata flight dia lagi tiga hari.

lepas berbual sikit sikit, aku balik rumah.

malam sebelum flight dia, aku datang balik rumah Muzz.

bawak Pizza yang akak senior bagi sebab tolong angkat barang pagi tu.

Kamil pun bawak yahalla yang akhawat bagi sebab dia pun buat kerja kerja angkut barang jugak pagi jumaat tu.

lol nampak sangat cheapskate. makan free je kitorang malam tu.


so kitorang buat macam campfire.

lepak, gelak gelak.

sampai sorang housemate Muzz capai gitar, terus main lagu Semua Tentang Kita

sebak.


Esoknya, aku pergi kelas macam biasa.

lepas tu ada satu orang mesej aku, kata nak jumpa, nak bagi Microsoft Surface yang aku order dari Malaysia.


Balik rumah tu aku mixed feeling. Happy dapat gadget baru.

Tapi tak boleh lawan sedih bila teringat Kamil dah kat airport.


Aku tengok phone,

"tak lama dah Kamil nak boarding"


aku baring, tengok siling.

tiba tiba phone aku berbunyi.


Kamil telefon.


"Iman, kau dah sampai rumah?"

"Dah. Kau dah kat airport?"

soalan bodoh.

"Dah. Man, kau tau tak. Airport Borg ni cantik sebenarnya. Aku tak pernah nampak Airport Borg ni cantik sebelum ni. Selalu aku kat sini rasa happy, tapi kali ni aku betul betul sedih"

*senyap*

air mata mengalir.

aku teresak esak.

terdiam tak tau nak cakap apa.

menangis sahaja yang aku mampu.

"Iman, ni sebab aku dah nak pergi ni, aku nak cakap sikit."

"Hmm?"

aku masih tak mampu bukak mulut.

"Aku tengok kau ni bagus, berani, orang tak berani buat, kau berani buat. Kau sentiasa nak jadi orang pertama yang buat sesuatu... Tapi Man... Bila kau dah terlalu berani, kau dah terlalu ke depan, kau dah terlalu lama kat atas, jadi satu masalah sikit Man."

"Masalah apa?"

"Masalah ego. Kau jadi susah nak dengar cakap orang. Aku paham kenapa kau jadi macam ni Man, aku tak salah kan kau. Sebab tu Allah tak bagi kau dapat lagi kejayaan tu. Cantik je Dia susun. Cantik je takdir kau Man. Masalah exam kau semua ni aku rasa sebab dia nak bagi kau turun sikit ego tu Man.."

sentap.

air mata makin laju.

terdetik dalam hati,

"ini betul kawan sebenar".


"Nanti kita jumpa kat Malaysia Man, Serdang tu dekat je kan dengan Subang"

setelah ucapkan selamat, kitorang pun letak phone.

tak lama, dengar azan Maghrib.

bersiap turun maghrib semua dengan air mata laju.

aku terus terus menangis sampai isha'.

berjam jam.

sampai housemate aku kena tenangkan.


aku menangis bukan semata mata sebab Kamil pergi.

aku menangis jugak sebab memang betul apa yang dia cakap pasal ego tu.


banyak masalah aku selama ni puncanya dari ego.

puncanya dari aku yang tak nak dengar cakap orang, taknak dengar explanation orang.


maka Allah hantarkan kepada aku satu orang yang aku kenal tak sampai 2 tahun,

untuk tegur aku,

untuk aku betulkan kesilapan aku.


sungguh.

banjir keyboard aku sekarang ni.


dan sekarang aku dah off FB dan Twitter aku.

aku nak menyendiri sekejap.

nak muhasabah berapa banyak dosa aku dah buat kat orang lain.

nak muhasabah berapa banyak kali aku buat benda yang Allah benci.


andai ada orang yang baca entry aku ni,

aku nak cakap;

hargai semua orang kat sekeliling kita, sebab sampai satu masa diorang mungkin akan tinggalkan kita selama lamanya.

jangan jadi macam aku.


Selamat tinggal Kamil, moga kau tenang di UPM sana (:

gambar kitorang makan kali terakhir di coffee roastery (:

0 comments:

Post a Comment