Apabila Doktor Mula Menangis

Gua bulan ini ada di department Internal Medicine, unit Rheumatology.

Since day one, gua ada minat dengan gaya satu orang professor ni.

Namanya professor Anna.

Sudah bongkok pun, tapi masih lepak lepak dalam wad terkejar sana sini.

Tanyalah semua orang, pasti dan pasti diorang akan bagitau yang Prof Anna ni adalah Prof paling dedicated dalam unit rheumatology tu.

Dia selalu datang paling awal.

Selalu balik lewat.

Bila dia ziarah patient, lu orang boleh nampak dia punya ikhlas, boleh nampak dia punya concern.

dia punya sesi pembelajaran pun bukan main senang masuk, senang ingat.

sebab tu orang kata orang ikhlas ni lain gayanya.

sampai satu masa, aku nampak dia menangis teresak esak.

bila ditanya sebab apa,

katanya ada patient dah meninggal dunia.

itu dia punya akrab dengan patient.

Professor Anna ini free hair, dan beragama Kristian.

tapi dia boleh didik hati dia untuk jadi baik,

boleh didik diri dia untuk ada akhlak yang baik.

Sebab tu gua terfikir, kenapa kita (especially gua) tak boleh ada akhlak macam tu?

Sebab tu boleh timbul,

"Dia tu harap je jubah serban tapi perangai..."

tak lupa jugak,

"Tak guna tudung labuh tapi mulut macam harom"

benar, salah orang kerana judge kita sambil mention pakaian kita.

tapi kenapa tak reflect salah sendiri yang mendatangkan fitnah terhadap keizzahan Islam yang kita tunjukkan melalui jubah serban dan tudung labuh kita?

maka mulai hari ini mahu sama sama cuba cuba ubah,

tak mahu akhlak buruk, biar 'kena' sikit choice of words, biar 'kena' sikit nada dan gaya,

tapi macam biasa,

biar kena pada tempatnya (:

p.s: exam OSCE lagi tiga hari, doakan gua dan comrades gua.

2 comments:

  1. Iman....
    1) Ni first time sy bukak blog ni and blog ni sangat daebak
    .
    2) Rindu kat iman... sbb delete fb kan (or tk tau la kalau dh kena block)

    3) Terasa dengan "pakai tudung labuh tp mulut mcm haromm"...haha sebab tu saya yg tulis.

    4) Kirim salam sayang kt muqri.

    5) bai~

    ReplyDelete
  2. 1) apakejadahnyaa daebakk tuuu haha

    2) rindu kat abg Khairi jugakk hihi

    3) alaa ramai orang cakap camtuu hihi

    4) abang akmal kata taknak kirim salam kat dia ke? hihi

    5) baai~~

    ReplyDelete