Sampai Masa

essence
Aku dah tiba daripada 7 hari permusafiran.

Mencari diri yang hilang, mencari asbab kepada masalah,

menyandarkan hikmah kepada Allah.

Dalam pencarian, aku bertemu,

Dalam pengislahan, aku tak jemu,

Dalam doa, memohon jalan keluar,

Dalam sujud, ku pinta jalan yang benar.

"Ini bukan caranya"

Aku pasti, banyak lagi cara untuk menunjukkan bukti.

Bukan ini caranya.

Sedar sudah, tanda ada hidayah,

tapi pengamalan masih lemah, belum ada taufiq untuk bidayah.

Tidak mampu untuk memijak nafsu.

Lemah.

Mengumpul sisa-sisa kekuatan, cuba untuk bertahan,

Aku pernah fikir ini asbab ego, aku pernah fikir ini asbab penting diri,

Tapi yang sebenarnya asbab tiada Iman, tiada niat untuk berhenti.

Makin dekat masanya.

Hari penentuan di mana arah tuju,

Hari penentuan apa yang kita buru.

Aku mahu janji janji Dia yang pasti,

bukan bunga bunga plastik kehidupan yang nampaknya indah,

yang merahnya menyala menarik perhatian semua,

yang nampak tahan nampak kekal lama,

tetapi dalamnya hanya plastik, sintetik semata,

yang zahirnya nampak tak seperti hakikatnya.

0 comments:

Post a Comment