Hikayat Munajat dan Hidayah

"Moving on"

---------------------------------------------------------------
Cuti yang lepas itu, aku tidak tinggal lama di Iskandariah,

setelah aku selesaikan urusan-urusan yang patut,

aku terus terus lari jauh dari sini.

Ke satu kampung yang jarang-jarang ada orang Melayu pergi.

Untuk mencari kembali diri aku yang hilang.


Adalah satu masalah bilamana kita hidup bawah kongkongan,

tidak dapat melakukan apa yang kita suka (hatta benda itu baik sekalipun),

maka aku pergi ke tempat di mana tak ada orang kenal aku,

hanya syeikh-syeikh yang berlainan bangsa duduk bersama aku,

mengajarkan aku erti hidup yang sebenar.


"Kita bukan nak jadi terkenal, bukan nak jadi kaya, tapi nak dapat redha Allah. Kalaulah kita dapat redha Allah, kemudian nak terkenal dan kaya dalam redha Allah, maka bersyukurlah. Tetapi kalau kita kaya, terkenal, tapi tak ada redha Allah. Maka tidak ada apa lagi buat kita di dunia ini"


Aku ni sememangnya extrovert, seronok hidup bersama orang.

Menjadi cergas dan ceria di samping rakan-rakan.


Dan kehidupan aku bersama syeikh-syeikh tersebut amat menggembirakan.

Walaupun berlainan bahasa dan bangsa, kami semua ada satu tujuan apabila duduk di kampung tersebut.

Untuk sampaikan dakwah, ajak orang kembali kepada Allah.


Di situ aku banyak menangis.

Terkenang, bilamana aku mula nak belajar-belajar untuk kejar redha Allah,

Aku menjaga segala-galanya,

Ikhtilat, halal haram, solat sunat, puasa sunat, etc


Tapi adalah satu masalah, bilamana semakin membesar, semakin rasa kita mampu melakukan sesuatu tanpa bantuan Allah.

Apabila rasa ragu ragu itu timbul pada diri kita.

Ada satu perbualan;

"Iman, aku tengok budak-budak batch kita makin pelik"

"Hmm?"

"Ye lah, ikhwah ke, akhawat ke, sama je"

"Apa ni?"

"Dulu masa mula mula first year datang, masing masing tunduk tersipu-sipu malu. Bila ikhwah cakap dengan akhawat, ikhwah tu akan tunduk pandang lantai, tak mahu lihat akhawat. Bila akhawat cakap dengan ikhwah, akhawat itu maintain serius tak mahu jadi menggoda, hatta senyuman dia pun dimahalkan"

"Sekarang kau nampak apa?"

"Ikhwah bukan main berani tenung mata akhawat dalam-dalam, akhawat pulak selamba badak je senyum menggoda, gelak-gelak dengan ikhwah. Tudung labuh ke, tudung singkat ke, semua sama"

"Aku perasan jugak. Aku setuju"
(time ni dah sentap)

"Sudahlah. Kadang-kadang kita terlalu kejar dunia, kejar hubungan yang sementara. Tapi akhirnya akhirat tergadai. Tapi masing masing masih fikir dia itu adalah orang yang paling baik, orang yang paling berfikiran jauh, orang yang paling alim, orang yang paling tinggi darjatnya, orang yang pasti masuk syurga"

(berhenti selama 15 saat, kemudian dia menyambung)
"tapi hakikatnya tidak"

(bersambung..)

0 comments:

Post a Comment