Apa Maknanya Semua Ini

"That familiar smile is always enough"
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ohai.

Ini Iman Azlan mahu melaporkan dari depan laptop setelah habes exam practical.

Tadi kan, dalam 2 jam yang lalu, aku pergi Mouassah.
Ada exam practical.

Dan exam practical kali ini ada bagi sikit pengajaran bagi aku.

Pertamanya,
Exam practical kali ini bagi aku satu pengajaran bahawa usaha yang kita lakukan, takkan pernah disia-siakan.

Kenapa?
Practical kali ni, aku berusaha yang boleh kata kuat jugak lah.
Kalau nak compare dengan exam practical yang lain, aku selalu masuk makmal exam dengan tak habes bacanya, dengan tak sempat ulang ulang nya, dengan tak habes tengok slidenya.

Kali ni, aku bertekad, 5 hari berturut-turut aku berhijrah ke rumah kawan aku, study group dengan dia.

Senang cerita, 5 hari aku duduk Kamp Shezar.

Belajar kat sana tak ada lah rajin, tapi bolehlah, at least better dari duduk kat rumah sendiri.

Dan Alhamdulillah, puji-pujian semua untuk Allah, Allah mudahkan kerja aku, mudahkan exam aku, mudahkan aku nak jawab soalan-soalan.

Keduanya,
Bila aku dah seronok, dah rasa macam effort aku berbaloi bila dapat jawab soalan-soalan,

sampailah aku ke soalan yang terakhir.

Soalan ni tanya pasal urine yang berwarna purple tu.

Senang kan?

Ya.

Aku masa study ni kat rumah, aku rasa senang sangat, rasa macam, tak perlu nak susah-susah dah la. Sebab sangat obvious, acetone dalam urine memang akan jadik positive Rothera's test.

Tapi Allah itu Maha Kuasa, dia bagi kita senang, diselitkan dengan sedikit kesusahan,

supaya kita sedar, senang itu datang dari Allah,

susah itu juga datang dari Allah.

Ditakdirkan, aku blank terus masa soalan tu.

aku dah cakap kat diri aku (masa nak tulis atas kertas tu)

"Iman, benda ni kau dah baca ulang-ulang, benda ni senang, kau dah tau sangat benda ni, kenapa tak dapat tulis jawapan?"

Kemudian doctor kata,

"Time is up, put your pen down"

Aku terus ucap syukur.

Alhamdulillah, Allah sayang, dia masih bagi ujian untuk aku.


Siapa boleh jamin dengan usaha dia boleh berjaya?

Tak ada siapa.

Tugas kita usaha,

Berjaya atau tak, ikutlah Allah nak bagi atau tidak.

Kalau Allah tak izinkan, hatta kelopak mata pun kita tak boleh gerakkan.

Kan?


Eh.

Jap.

Entry kali ni serius?

Entry aku pernah ke tak serius?

Anyways, aku ada exam MCQ dalam beberapa hari lagik.
doakan.

kthxbai.

4 comments: