Permulaan Dari Satu Pengakhiran



Ada sekuntum bunga, selalu disiram, selalu dibaja,
Tumbuhlah ia dengan mekar, tumbuhlah ia dengan gembira,
Pekebun melihat keadaan itu mula leka dan alpa,
Tidak lagi ia disiram mahupun dibaja,
Kerana disangka mampu tumbuh terus seperti biasa.

Layulah ia, layu terus,
Menanti disiram, tersangat haus,
Menanti dibaja, menanti dijaga,
Harapan kekal, harapan setia.

Sampai masa ia mati,
Bunga yang gugur menjadi saksi,
Betapa khianat sang pekebun misteri,
Dulunya berjanji kini mungkiri.

Sekian lama pekebun menghilang,
Tiba tiba muncul di tanah yang gersang,
Membawa harapan, membawa tenang,
Namun sang bunga sudahpun hilang,
Tiada jasad, rohnya melayang.

1 menghilang, 10 yang datang,
10 menghilang, 100 menentang,
Terus berjuang tak ada pengakhiran,
Mencari redha Allah dengan setiap permulaan.

p.s: doakan penulis yang sedang tepu dengan gastrointestinal system.

1 comment:

  1. GIT mmg byk bnda nk kna ingat dan fhm..
    lebih2 lagi bila mechanism tu..
    insyaallah boleh punye.. ganbatte

    ReplyDelete